a
1 Pemilihan Baka Itik
Ada dua jurusan itik ia itu a Daging b Penelur
Itik Jurusan Daging
Jenis Jenis Keterangan
itik pekin asal dari negeri china,warna putih,paruh kuning pendek lebar,tubuh besar dn sederhana
itik muscovy asal dri amerika selatan,warna putih dan hitam
(serati/nila)
itik Aylesbury terkenal di Britain ,australia,badan besar 3.6 -4.0 kg
itik Rouen dari perancis ,sesuai juga utk telur
itik jenis lain cayuga,Blue Swedish,Buff
Itik Jurusan Telur
Jenis Jenis Keterangan
Khaki Campbell berat 20-2.2 kg,bertelur 300 biji,asal perancis warna hitm coklat
Indian Runners berat 1.9-2.0kg ,bertelur 280 biji,asal india. warna putih hitam
Itik Jawa bertelur 160-220 biji ,baka tempatan
2 Memilih Anak Itik Yang Baik.
-bekalan ambil dari ladang yg diiktiraf oleh kerajaan
- saiz itik seragam,
-cergas dan tangkas,
-pusat kering dan tidak luka,
-kaki tegap dan berwarna cerah
-tiada kecacatan pada anggota badan
3 Lokasi Projek
a Jalan keluar masuk sesuai untuk membawa makanan dan urusan lain
b mempunyai kemudahan air dan elektrik
c mempunyai kawasan yg lapang dan tidak tenggelami air
4 Pembinaan Bangsal Reban
Tujuan nya untuk melindungi itik dari panas,hujan dan musuh dan mempunyai kemudahan peredaran udara ,keluar masuk untuk mengurus ternakan,
Atap - dari nipah/rembia,zink,asbestos atau aluminium
Dinding- 1/4 bahagian dinding bermula dari paras tanah keatas hendaklah berdinding rapat,3/4 lagi memadai dgn menggunakan jejaring sahaja.
Lantai- emmadai dgn tanah tanah sahaja,atau dilapis dgn sekam setebal 5-6 in.
Tempat bertelur-sedikan kotak berukuran 40cmx40cmx30cm pada minggu 16 .
5 Persiapan Dan Penjagaan Itik
a Peringkat Anak
+ peralatan diperlukan > palong makanan,palong air,pemanas hoover,lampu,sampah sarap,pengepong,
+ keluasan umur 1 hri-2 minggu .1/2 -1" atau 1 meter persegi untuk 10 ekor.
+ untuk kepanasan guna 'hoover bergas' atau elektrik atau lampu bulb 60 watt
+luas ruang makan dna minum 1-2" seekor atau satu tabung muatan 1 gelen air setiap 50 ekor itik.
Perindukan .
induk palsu ini untuk emmastikan anak itik mendapat kepanasan yang bersesuaian.kepungan /pembentung dibaut dari kadbod /zink dgn ketinggina 18".Untuk cahaya guna lampu 25 watt bagi setiap 40 kaki persegi dgn meletakan 6-7 kaki dari lantai. Kawasan perindukan boleh dilapisi dgn sekam padi,ketaman kayu untuk menyerap air yg tumpah.
* sediakan bekas makan minuman serta alat pemanas 1-2 jam sebelum anak itik tiba . air minuman hendaklah dicampur dgn vitamin,ubatan yg sesuai (antistress) untuk tempoh 2-3 hari pertama.
* Pasangkan alat pemanas dan pastikan suhu didalam kepungan /bersesuian (95 darjah F/35 darjah celsius)
suhu harus dikurangkan sebanyak 5 degrees F(2.6 deg C) setiap seminggu sehingga mencapai tahap 80-85 deg F(26.6-29.4 deg C) jika boleh.
Tips untuk mengetahui suhu bersesuaian - jika terlalu sejuk itik akan berkumpul dekat alat pemanas,jika terlalu panas akan menjauhi alat pemqanas dn tidur dgn kepak terbuka.Jika bersesuaian itik akan berada berselarakan dengan secara rata didalam kepongan.
* Keluasan kepongan hendaklah dibesarkan dari masa kesemasa pada kadar 25 % sehigga ke hari 7-14 apabila kepongan tidak diperlukan lagi.Mula masa itu ,reban itik hendaklah dilitupi dengan bidai atau karung makanan.
b .Peringkat Itik Dewasa.
Apabila dewasa itik dewasa tidak lgi perlu kepada pembentungan/kepongan dan lebih tahan lasakdan boleh hidup dalam pelbagai keadaan . K
Keluasan- intensif 6ekor/meter persegi
Separa intensif 1.18 kaki persegi/ekor
6. Pemakanan.
Peringkat anak - Makanan komersial yang seimbang digalakkan sehingga umur 20 minggu.Ini akan mengalakkan pertumbuhan badan itik dan dakan bertelur pada masa yang dijangkakan.
Itik Peringkat Bertelur - Boleh terbahagi kepada 3 jenis a) Makanan tradisional b) Makanan campuran sendiri - seperti hampas kacang soya,beras hancur,serbuk ikan, dll. c)Makanan komersial - i. Duck starter crumble 1hari-3 mnggu, ii. Duck grower Pellet 4 minggu-15 minggu iii. Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas dgn sukatan 140 gm-160gm sehari/ekor ,jika dibancuhkan dgn air boleh dikurangkan kepada 175gm-200gm sehari.
* Itik yg terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar,ia akan bertelur terlalu awal dan pengeluaran rendah ddan saiz telur kechil. Itik yg bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur . Itik akan mula bertelur apabila mencapai berat badan 1.8-2.1 kg.
* Cara mendapatkan berat badan yang seimbang:-
a jika semua itik dapat makan serentak bermakna bekas makanan ada lah baik dan mencukupi.
b Perhatikan saiz dan berat badan itik ,jika ada ytg tidak sama bermakna bekasa makanan tidak mencukupi jika itik ada yg kechil dan tidak seimbang ,ini perlu diasingkan dan tambah makanan 10-20gm sehari untuk 1-2 minggu kemudian dilepaskan bersama kumpulan.. Makanan yg diberikan kpd itik mempunyai kaitan rapat dengan warna merah telur.Untuk mendapatkan warna yag sempurna ,cara cara biasa digunakan ialah mencampurkan kepala udang atau sejenis pewarna carophyll dalam campuran makanan.
* itik mula bertelur pd minggu ke 18 atau ke 19 sehingga umur 3 tahun.
7 Kesihatan dan Penyakit .
Penyakit yang biasa menjangkiti itik ;
Jenis Penyakit Penyebab Gejala
1 Duck Plague (Duck Virus Hepatitis) herpes virus duduk ditanah dgn kepak jatuh,malas berjalan,
sakit mata pada anak, cirit birit
2 Virus Hepatitis RNA virus kematian 1-2jm setelah kena penyakit,
kurang selera makan, badan jatuh sebelah dgn
kepala terlentang
3 Influenza(selsema) Avian Influenza inflamasi pada keliling mata dan bengkak bernanah,
A Virus keluar air hidung,pernafasan berbunyi,pertumbuhan
terbantut
4 Puru Pox Virus lemah ,kurang selera
5 Fowl cholera Pasteurella deman,kurang selera,diarrhoe,cairan keluar dri mulut,
Multocida
6 Salmonellosis Salmonella spp cirit birit,
7 coccidiosis coccidia lemah,keletihan berterusan
8. Ekonomi Dan Daya Maju Projek
No comments:
Post a Comment